Khamis, 15 Ogos 2013

TRADING PLAN - STRATEGI PERATURAN PERDAGANGAN ICWR

Perkara diatas adalah untuk pergerakkan jangka panjang. Bila mana pada pergerakkan yang meningkat no (1) adalah signal untuk pasaran sudah memberitahu tahap penurunan pasaran telah mencapai climax, tetapi ianya masih belum pasti. Akan tetapi signal tersebut telah mengunci Major wave RBS dan wave tersebut sudah tetap dan sah untuk menjadi perintang (major resistance)

Seterusnya nantikan wave (3) intermediate rbs muncul untuk menjadikan signal dan lokasi entry. setelah muncul ianya masih belum boleh ditetapkan lagi kesahihannya, sewajarnya perlu menantikan kemunculan wave (4) intermediate SBR sebagai support untuk lokasi Stop Loss. Setelah ianya muncul barulah PO entry Buy Stop tersebut ditempah pada aras intermediate RBS.

Seterusnya jika pasaran meningkat dan tidak melepasi wave (3) intermediate RBS sebaliknya mengeluarkan signal new wave (5) intermediate RBS, maka PO Buy Stop tersebut akan berpindah pada new wave (5) intermediate tersebut dengan syarat semasa pasaran menurun untuk sesi corrective telah muncul signal wave (6) intermediate SBR sebagai aras support untuk stop loss.

Pada pasaran berada dikemuncak cara settup adalah sama caranya seperti perkara diatas dan hanya terbalikkan saja..

SELAMAT BERAMAL...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan